A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Laporan 'Lawatan' Ke Suzuki Assembler (M) Sdn. Bhd

Saturday, March 13, 2010 by MiNdSlAvEr


Pada minggu lepas telah diadakan sesi 'Lawatan' ke Suzuki Assemblers (M) Sdn Bhd. Lawatan disertai oleh hampir 3 orang iaitu aku, pemandu lori dan pembantunya. Lawatan diadakan bertujuan untuk memarahi orang2 di Suzuki kerana melepaskan defect keluar dari kilangnya serta mengclaim warranty yang masih ada.

Setelah lori disewa, 'bahan2 bukti' dibawa naik dan perjalanan diteruskan melalui BKE (Butterworth-Kulim Expressway) menuju ke lokasi yg terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Setelah melalui beberapa tol dan membayar lebih 3 ringgit, kami memasuki Lebuhraya PLUS menuju ke selatan. Ternyata keadaan di sekeliling amat membahang panasnya. Namun, tiba2 pemandu memberi isyarat yang dia tidak mengetahui di mana lokasi berada. Selepas berhempas pulas memusing stereng, menelefon sahabat handai dan sanak saudara untuk bertanya alamat, kami tiba di pintu pagar Suzuki Assembler.

Selepas berdialog dengan pihak sekuriti dan melalui 2 gate, kami tiba di kawasan servis. Mekanik yang menjawab panggilan telefon sebelum ini menyapa rombongan kami dengan rasa pelik dan hairan (ya la, moto baru pun leh rosak..). tidak lama kemudian, rombongan berpecah kerana pemandu dan pembantunya ingin berkejar ke trip seterusnya. Selepas bersalaman, aku menunggu sorang2 di kawasan servis itu. Sementara menunggu, aku singgah di bilik pameran Suzuki berhampiran yang berhawa dingin. Di sana, aku di'sapa' dengan pemandangan berikut:

Suzuki Hayabusa yang mustahil untuk dibeli..


Nama yang salah cetak... mana Hayabusa?


Suzuki GSX-R 1000, murah sikit dari hayabusa, tapi mustahil jugak nak dibeli...


Pandangan tepi Suzuki Hayabusa. Ekor belakang berbentuk tebuan yang pelik..

Meter display yang mengagumkan. Usha dekat2 ada tulis sampai 320 @ 340 km/j!!


Twin Exhaust kat GSX-R 1000. Sebab apa 2? Sebab power sangat...


Selepas beberapa ketika, sesi servis pun tamat. Aku diberi semula kunci dan permohonan maaf diberi atas defect yang berlaku. Sepanjang perjalanan pulang, air mataku terus berlinang ...bukan sebab terharu, tapi sebab....



....helmet ni ja taukeh kedai kasi kat aku.. jadi, xleh la nk bawak laju2, habuk masuk mata abes pedih... T_T


Disediakan oleh: MINDSLAVER

Sunday, March 07, 2010 by MiNdSlAvEr

Mari pakat2 cuba, tengok apa yang jadi. (Amaran: Jangan komplen dengan apa yang anda bakal dapat, info ni hanya sekadar copy and paste dari forum)

Langkah 1
Pilih bulan kau lahir:

Januari -Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku sepak
Jun - Aku terkentot depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

Langkah 2
Pilih hari (nombor) kau lahir:

1 - mak aku
2 - komputer aku
3 - kereta jiran aku
4 - kucing
5 - kerusi
6 - gangster
7 - henfon aku
8 - kawan baik aku
9 - cikgu
10 - semut
11 - pisang
12 - polis
13 - buku
14 - patung barbie
15 - lembu
16 - makcik aku
17 - radio
18 - tv
19 - makcik kantin
20 - kasut sekolah
21 - upin dan ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - tupai
24 - Christiano Ronaldo
25 - buku teks
26 - kawan aku
27 - unta
28 - meja
29 - orang gila
30 - taylor swift
31 - awek cun

Langkah 3
Pilih warna baju yang kau pakai:

Putih - sebab aku perasan cantik
Hitam - sebab aku gila
Pink - sebab aku suka single
Merah - sebab mak aku suruh
Biru - sebab aku tak tahan
Hijau - sebab aku baik hati
Ungu - sebab aku semangat
Kelabu - sebab bomoh suruh
Kuning - sebab aku dalam pertandingan
Oren - sebab aku sakit hati
Coklat - sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - sebab aku fikir aku hebat


.... aku dapat,'aku lambai dekat upin dan ipin sebab aku tak tahan...uiks?!'

Filed under , having  

Malam yg Panjang...

Wednesday, March 03, 2010 by MiNdSlAvEr

Malam ni aku plan dah nk kuaq ke bank, ada urusan penting nak kena settelkan. Pas makan malam, solat, aku amik kunci moto, pakai t-shirt n selipar, amik helmet KHI aku n terus p ke moto.

Haii... dah 2 hari suntuk xbawak Belang jalan2, boleh la panaskan enjin on the way tu. Stat moto, dah. Padlock bukak, dah. Jaket? Err... maleh nk pakai. Dari jauh dah boleh dengaq bunyi guruh sikit punya kuat... tp, xpa. Nama pon lelaki, xmain la pakai baju hujan kan? ...dan sat ja lagi aku akan dapat pengajaran daripada apa yang aku buat ni...

Kuaq dari taman, terus pulas throttle nk ke pekan Kulim. Jauh dalam 8-10km gak, xpenah bother nk ukoq selama ni... sampai ja kat simpang 4 Kelang Lama, rasa kna cucuk2 kat dada... Dah turun ujan pulak~! Jenuh pecut ke stesen Shell kat situ. Sampai ja kat sana, nampak ada 2-3 moto lagi masuk parking jugak... Semua dok tunggu ujan berenti. Ingat nk guna mesin ATM kat situ, alih2 abis letrik pulak... Kna la teruskan ke Kulim. Sambil2 dok tunggu tu, sempat jugak msg mintak tolong junior sorang ni buat banner, kna la pandai urus masa kan...

Gambaq diamik masa tengah bosan tunggu hujan berenti....

Lepas sejam, baru la ujan berenti sikit... Bank ada dalam 2 kilometer lagi. Dalam hati takut jugak kalau2 hujan turun balik, tapi... p ja laa... lagipun, bak kata Jeremy Clarkson, what could possibly go wrong kan?? ...kejap ja, terus go wrong! Hujan lebat balik. Baru 500 meter kena la berenti kat 1 gerai makan. Dah la gerai tutup, suasana lak... masyaallah menyeramkan! Xberani nk dok lama2 kat situ, terus start balik enjin n redah jugak hujan yang xmau sereyat2 a.k.a reda.

Sampai kat lampu isyarat, ada lak mat rempit kat sebelah. Dok asyik pandang2, aku pon pikiaq, 'ujan2 pon nk lumba lagi...' Dengan niat nak bagi dia insaf, aku pon terus full throttle dari lampu isyarat tu ke depan. Alhamdulillah, lepas beberapa ketika, dia pon slow down dan xkejaq dah. Harap2 dia insaf yang ubahsuai2 moto ni xbawak ke mana pon... nak laju, beli moto baru.. haha!!

Last2 sampai gak kat ATM. Ada la geng2 skuter dok gelak2 tengok aku basah lencun baru sampai situ. Aku xkisah pon... Masuk bank, wat urusan, alhamdulillah selesai. Kuaq2 ja bank, ujan pon berenti. Alhamdulillah Allah permudahkan... Stat moto, amik jalan shortcut nk blik. Rupa2nya jalan 2 penuh ayaq bertakung! Angkat kaki la sambil2 bawak moto 2. Dah angkat kaki pon seluaq basah kuyup jugak... sedih2...

Masuk ja jalan besaq, ujan turun balik...again... Nampak stesen shell, kena la buat pit stop. Shell ni dah gelap terus, orang pon xdak. Tapi, apakan daya, ujan memaksa. Aku turun, perah baju n tengok orang pakat dok makan kat Dynaz dengan hati yang sayu sebab xbawak duit sangat nk makan. Tengah2 dok, ada 2 bijik keta masuk stesen 2... Drebar dua2 keta dok pandang 1 sama lain n perati aku sambil2 tu. Aku p kat moto, stat enjin n blah.. nk kata depa nak isi minyak, sah2 stesen tutup. Ntah laa...

Dari situ, atu terus balik sampai rumah. Tengok2 jam rumah dah pukui 12 malam. Huh, memang malam yang panjang.....

Filed under , having  

Masalah Pertambahan Bayaran dalam Bayaran Beransur2 berbanding Bayaran Tunai...

Sunday, January 10, 2010 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum...

Ada pengisian fiqh menarik kali ni. Sering kita pening2 dalam menentukan perihal
riba' yang jelas berleluasa dalam urusan perniagaan di seantero dunia sekarang ni. Aku pon pening gak. Ya la kan, kalau pinjam duit ngn bank utk beli keta @ moto, sah2 ada riba a.k.a interest (saja bank tukaq2 istilah... sama la 2). Tapi cmana lak ngn urusan byrn ansuran dgn penjual sndri yg selalunya akan lebih tinggi berbanding bayaran tunai?

Dalam asyik surfing 2, terjumpa la dgn blog saudara
Faridul di http://faridul.blogspot.com/ Ini jawapannya. Faham2kan dan selamat beramal!!

Soalan:

Apakah fatwa berkenaan menaikkan jumlah jualan kredit atas jumlah jualan tunai? Adakah ia jatuh di bawah konteks Riba atau tidak?

Jawapan:
Dr. Monzer Kahf, Ulama Ekonomi Islam & Pakar Kewangan, menyatakan yg berikut:
"Dlm kontrak jualan, pihak-pihak terlibat adalah benar-benar bebas utk menentukan harga selagi ianya benar-benar dipesetujui bersama tanpa keraguan, syak, penipuan, pembohongan dan lain-lain perbuatan menipu dari mana-mana pihak.

Bahkan, Shari'ah mengharamkan sebarang pertambahan dlm pinjaman (Ini ialah Riba), sebarang pertambahan dlm harga bukan pertambahan dalam pinjaman. Maka, Shari'ah tidak menghapuskan perhitungan nilai masa wang, bermaksud anda menilai wang anda di tangan lebih dari wang yg dijanjikan pada masa depan.

Ini dengan jelas sama dengan menetapkan harga lebih tinggi dlm jualan dgn bayaran tertunda atau urusan berasaskan Riba. Apa yg dilarang apabila nilai masa wang dijadikan asas urusan pinjaman.

Dlm memberi pinjaman, anda beri wang (atau dengan sebarang kuantiti komoditi lain yg boleh ditukar dgn jelas seperti satu tan gandum dgn kualiti tertentu dengan satu tan gandum yg sama kualiti) dan dapat wang balik, yg pasti terdapat pengorbanan, tetapi ia pengorbanan yg tidak boleh diukur dengan manfaat yg diperolehi peminjam. Kedua-dua pengorbanan dan manfaat itu tidak boleh diketahui dgn jelas dan kedua-duanya adalah spekulatif. Shari'ah tidak menerima utk meletakkan tanda harga atas sesuatu yg spekulatif dan tidak diketahui. Ini adalah kerana pengorbanan yg diiktiraf itu terpulang kpd Allah utk membalas, seperti yg riwayatkan dlm Hadith sahih.

Maka, adalah dibenarkan utk membuat kontrak jualan kredit pada satu harga lebih tinggi dari harga yg telah di terima utk jualan tunai. Anda tidak boleh membuat jualan pada satu harga tunai dan kemudian menambah harga kemudiannya berdasarkan jumlah hutang yg terhasil dari jualan, kerana ini adalah satu penambahan dlm hutang, bukan harga barang itu.

Dengan kaedah yg sama, satu kontrak jualan mesti jelas. Tidak boleh harga sama ada 100 jika anda beli dlm 3 hari dan 110 jika dia bayar dlm 60 hari. Ini yg dinamakan "dua jualan dalam satu " yg jelas dilarang oleh Nabi (SAW)."

Terjemahan dari:Increasing Sale Price in a Deferred Sale versus Cash Sale http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544014


Faham jugak akhirnya... syukran kepada saudara
Faridul... :)

Filed under having  

Intern Oh Inteeeeeeeeernn....

Wednesday, January 06, 2010 by MiNdSlAvEr


Assalamualaikum....

Sedaq xsedaq da 6 minggu aku keja kat Celestica Kulim a.k.a CMY. Kerja seharian kat Celestica memang memenatkan.... mana ada print2 ketas, keja da tahap engineer da, wat troubleshooting (solve production problems), inspection, create process flow, waste management apa menda lg ntah. Kesimpulannya, ada ja menda best ngn xbestnya kat cni...


Yang xbestnya T_T :

1. Kerjanya banyak
2. Tapaknya luas
3. Siap kerjanya nk cepat (Bagi keja melambak2 kui 5 ptg, nk siap cpt.... Apada!!)
4. Kerja dtg xmenentu (dr keja opis kaw2 sampai handle process kaw2.... penin pala!)
5. Kalau ngntuk, xleh tdoq (gila pa tidoq dlm Line, nk kna buang??)
6. SV2 len senang2 ja soh p wat keja depa wpon kita dah ada keja len...
7. Sekali da masuk tmpt keja, xleh kuaq smpi abis masa... (Masuk, matahari belah timoq, kuaq2 ja ada kat belah barat dah....)

Yang Bestnya ^_^ :

1. Masa rehat yg SANGAT2 linear. (Smpi kui 8, rehat smpi dekat2 sejam. Kuaq break awai, masuk lmbt2... HAAHAA~~)
2. Makan SANGAT2 murah... n sedap lagi summore!! (...Cuma, harga xdak stndrd tetap la. Kalau org beratur nak bayaq makanan, amik menu sama, kuantiti sama pon, mau lari dkt 5 kupang jugak... but still....)
3. SV yg SANGAT2 baik! (org len aku xsure la, aku dapat memang baik sgt2... naik segan pon ada...)
4. Leh ja nk lewat skit2. (skit ja la, kalau dah dekat sejam lewat 2, memang sah la nk kena pelangkung...)
5. Dresscode bebas. (Hang pakai la apa pon, sah lepas punya... kecuali la memang mendedah sgt2.)
6. Dekat ngn rumah.. jalan pun xjem (Kalo merempit p sana lg syok, cepat nk mampuih!)
7. Blajaq bnyak menda (wpon wat komponen elektronik, tmpt ni ajaq pasai chemical engineering field kat trainee lg byk dr Fertilizer gurun... Kalao lecturer UTP tipu aku, aku tipu ampa ja laa...)

Ikhlas cakap, aku memang rasa bersyukur dapat sini... xsangka lak lagi baguih dapat cni kan... Kpd member2 aku yg len (kalo ampa smpat la baca blog aku ni...), selamat berintern. Terima ja la tmpt ampa keja 2 ngn seadanya.. Syukur byk2, teruskan kerja, blajaq bg elok noo....

Filed under , having  

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa... kasih kita??

Saturday, November 14, 2009 by MiNdSlAvEr



Assalamualaikum... salam CPDC (4 credit hours tuu...)

Alhamdulillah, umi ngn abah dah selamat sampai ke Lapangan Terbang Jeddah. Untuk apa? Nk menunaikan haji. Tercapai jugak hajat umi nk ke Tanah Suci kali ke-2. Sebagai anak yg tgh menghadapi final exam ni, xdak apa la yg boleh nk buat. Nk balik iring, ada paper pagi 2. Nk belanja tiket p ngn balik, xmampu. boleh doa ja la...

Haa... Freddie Aguilar adalah nama sorang penyanyi Filipina yg agak femes dengan 1 lagu ni. Bertajuk 'Anak'. Lagu memang superb! Kelas A!! Lagu berkisarkan kehidupan seorang anak dari kaca mata parent dia. Memang menginsafkan.... Kalau dengar pon, memang rasa nk menangis (Quote dari Chesca Lobendino: http://www.opmpinoy.com/opm-anak-lyrics-148.html). Xcaya? Usha lirik lagu dia:

Anak

Noong isilang ka sa mundong ito,
Laking tuwa ng magulang mo.
At ang kamay nila
ang iyong ilaw.

At ang nanay at tatay mo,
'Di malaman ang gagawin.
Minamasdan pati pagtulog mo.

Sa gabi napupuyat ang iyong nanay
Sa pagtimpla ng gatas mo.
At sa umaga nama'y kalong
Ka ng iyong amang tuwang-tuwa sa iyo.

Ngayon nga'y malaki ka na,
Nais mo'y maging malaya.
'Di man sila payag,
Walang magagawa.

Ikaw nga'y biglang nagbago,
Naging matigas ang iyong ulo.
At ang payo nila'y,
Sinuway mo.

Hindi mo man lang inisip
Na ang kanilang ginagawa'y para sa iyo.
Pagka't ang nais mo masunod ang layaw mo,
'Di mo sila pinapansin.

Nagdaan pa ang mga araw
At ang landas mo'y naligaw
Ikaw ay nalulon
sa masamang bisyo.

At ang una mong nilapitan
Ang iyong inang lumuluha.
At ang tanong,
"Anak, ba't ka nagkaganyan?"

At ang iyong mga mata'y biglang lumuha
Ng 'di mo napapansin
Pagsisisi ang sa isip mo,
Nalaman mong ika'y nagkamali.

Source from: http://www.opmpinoy.com/opm-anak-lyrics-148.html



Err....faham?? Memang xpaham. Nama pun penyanyi Filipina, lagu mesti bahasa dia gak. Xpa, ada translation.



When you were born into this world
Your mom and dad saw a dream fulfilled
Dream come true
The answer to their prayers

You were to them a special child
Gave 'em joy every time you smiled
Each time you cried
They're at your side to care

Child, you don't know
You'll never know how far they'd go
To give you all their love can give
To see you through and God it's true
They'd die for you, if they must, to see you here

How many seasons came and went
So many years have now been spent
For time ran fast
And now at last you're strong

Now what has gotten over you
You seem to hate your parents too
Do speak out your mind
Why do you find them wrong

Child you don't know
You'll never know how far they'd go
To give you all their love can give
To see you through and God it's true
They'd die for you, if they must, to see you near

And now your path has gone astray
Child you ain't sure what to do or say
You're so alone
No friends are on your side

And child you now break down in tears
Let them drive away your fears
Where must you go
Their arms stay open wide

Child you don't know
You'll never know how far they'd go
To give you all their love can give
To see you through
And God it's true
They'd die for you, if they must, to see you here

Child you don't know
You'll never know how far they'd go
To give you all their love can give
To see you through and God it's true
They'd die for you, if they must, to see you here


Source: http://matanjun.tripod.com/anak.htm


Bila dah dengaq lagu ni, kadang2 terpikiaq sorang2... apa la jasa aku kat parent aku? dah kol belum parent aku harini @ minggu ni? Pernah x aku hampakan depa? Pernah x aku guris hati depa? Pernah x aku wat apa2 kat belakang depa yg depa xsuka? Jangan la tipu diri sndri... byk ja rasanya...

Ingat, dalam kesibukan hidup ni, jangan la sekali2 lupakan atau asingkan ibu n ayah dari benak hidup kita. Depa la yg susah payah besaqkan kita, manjakan kita, cari dwet biaya ngaji, ajaq kita kenal hidup, lindungi kita n byk melampau2 lg *(dengan izin Allah). Kalau xmampu sgt nk kol sminggu skali, msg laa tnya khabaq. Apa guna ngaji tinggi2 kalau xdak redha ibu ayah.

Renung2kan laa.... Kalau ada salah silap ngn parent masing2 tu, cpt2 la mintak maaf slagi ada kesempatan... Xrugi ego runtuh kalau 2 ertinya syurga Allah, kan??

Adios...

Wassalam...

Filed under , having  

Gambar Kantoi...edited!! Gambar apa 2??

Thursday, November 12, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum, salam ECONS (Sok da paper Econ Final... smpt lg wat entry blog2...)

Di kala pening 'bermain' dengan riba dan interest yg pelbagai jenis, aku smpat surfing ke internet n terjumpa dengan picture menarik ni...

Kalau kita semua still ingat, beberapa hari lepas, ada 1 kejadian pembunuhan di Aloq Setaq, tanah air tmpt lahirku. Sorang laki tua bersalah atas sebab membunuh isterinya (yg dah bersuami 11 kali termasuk suami yg 1 ni) atas alasan cemburu. Cuba tgk... cmana api cemburu 2 dapat menghilangkan pertimbangan seorang lelaki terhadap seorang wanita bergelar isteri. Waktu kejadian 2, wanita tu tengah...err...apa aku merapik ni!! Bukan 2 tujuan entri blog ni!!

Yang menariknya, berita ni mendapat liputan luas media yg juga termasuk akhbar2 seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Metro. Biasa la, dah masuk paper, front page lg, mesti la ada gmbaq kan.....

Cuba tgk:


Dari Harian Metro

Dari Utusan Malaysia

Dari Berita Harian


Notice anything different??

Hint 1: It's cheap photoshop editing....

Now, notice anything??

Hint 2: It's someting blue in colour....

So?? Still cannot see it??

Hint (last...): Look at the umbrella, dear....


Mungkin Utusan try to be professional, mungkin BH n Metro xsedaq. Apapun.... HAHAHA!!

Credit to http://hembusan.blogspot.com/ for discovering it

Source:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/BeritaUtama/20091110070639/Article/index_html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20091109233752/Article/

Adios...
Assalamualaikum...

Filed under , having  

Balisong?? Apa 2??

Saturday, November 07, 2009 by MiNdSlAvEr

Balisong??

2 la impresi aku bila aku balik n gugel nama benda yg aku br beli ni.. Pelik nama 2.. Benda apa lak yg aku bli?? Ok, benda yg aku baru beli ni adalah satu item yg aku rasa amat2 feymes dalam dunia samseng jalanan, gengster dan, xlupa jugak, martial artist. Item yg dah diklasifikasikan sebagai illegal kat byk state di USA dan serata dunia. Item yg penuh seni dan elegen. Item yg sebatch dengan AK-47 dan Molotov Cocktail sbg simbol revolusi dan perjuangan... Item itu adalah...


...ni dia. Juga dikenali sbg Butterfly knife.

Byk movie yg view snjata ni kat dalam. Paling aku ingat movie 3 Ninja (Cerita kanak2 super terrer ninja ngn datuk depa yg xnampak lgsg sbg datuk depa. Sebab? Ya la, datuk chinese, cucu solid omputih...) masa Colt selamatkan sorang budak pompuan kat bar. Ada mamat antagonis ni pakai balisong nk lawan dia, dia rilek ja amik n hilangkan sambil pura2 nk tikam tangan mamat 2...

Enuff with dat, 1 persamaan yg suma balisong ada adalah... pembawa imej kejahatan dan keganasan. The point is, benda 2 bergantung pada interpretasi masing2. Pada aku, syok tgk masa orang yg ada balisong ni pusing2 blade 2 kat tgn dia ngn laju n xluka langsung. Xsalah belajar kalau niat baik. Xdak unsur syirik, khurafat mahupun mungkar. Niat memang baik nk belajaq sbb nk pertahankan diri. Ada ja belajaq sbb nk bunuh orang, tp...org 2 'wayar' sikit la, kan?

Apapun, stop dlu hobi ni sbb aku pon nk final. Pas abis paper (time raya aji 2) aku nk belajaq cmna nk hendel menda ni. Mana taw, kalau terer, leh orang kampung soh aku smelih lembu kebau time raya...huhu...

...rasanya abis lembu kebau 2 jd bangkai kot... bukan putus urat halkum ngn mari', putus urat2 lain pulak...

Adios,
Salam...

Sumber:
http://www.balisonginfo.com/home.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Balisong_(knife)
http://www.benchmade.com/
http://www.balisongcollector.com/

Filed under , having  

Wikipedia Search