A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Arsenal menang lagi^^ 2-1 Hull City

Wednesday, March 18, 2009 by MiNdSlAvEr

Perlawanan Arsenal menentang Hull City bg merebut slot ke separuh akhir Piala FA baru sahaja selesai dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal... Kemenangan yg amat dramatik! Walaupun ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, serangan bertali arus pada separuh masa kedua dibantu kemasukan Samir Nasri dan Bendtner serta kecemerlangan pemain2 lain berjaya menghasilkan 2 gol...

Gol pertama Arsenal jaringan van Persie terhasil akibat 'huru hara' di dalam kotak penalti Hull City. bola yang diterima Arshavin boleh sahaja menerjah gawang, namun, melihatkan posisi van Persie yg amat terbuka, bola dilurukan ke arah van Persie yg mudah menyudahkannya.

Gol kedua pula mengundang sedikit kontroversi apabila berlaku kekecohan dan dikatakan berlaku kekasaran kepada penjaga gawang Hull City. Bola yg terlepass itu mudah ditanduk Gallass bagi menghasilkan gol kedua Arsenal.

Perlawanan peringkat seterusnya bagi Piala FA adalah Arsenal menentang Chelsea, tunggu...

p/s: Dah lama xupdate, rindu pula. Disebabkan tiada isi dan penulis baru shj pulang dari menonton bola sepak, terhasillah posting ini...

Filed under , having  

Nasyeed..... Di mana ikhlasnya niat kita??

Sunday, March 15, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum...

Baru balik ja dari Malam Inspirasai Seni bertempat di Chansellor Hall. Penat pun belum hilang lagi, ditambah dengan excitement nak habiskan buku Fikh Sirah 1 yag dibeli di Ekspo 'Halalfest'. Tetapi dengan test yang bakal menjelang, terpaksalah hasrat murni ini ditunda dahulu...

Enak dendangan nsyid malam ni, penghayatan tema Rasulullah telah berjaya dibawa kebanyakan kumpulan (...kecuali grup Sonic, Izkar n Daus... judges2 In-Team pun ckap key lari... takziah laa...)

Dalam keasyikan kita bernasyid ni, harus diingat... terdapat suatu elemen yg sering ditekankan baik di dalam usrah, kem2 motivasi mahupun oleh pejuang2 islam.

...apakah ia....

NIAT! Niatlah penentu Ibadat dan adat, Niatlah yg membawa redha atau kemurkaan Allah, Niat juga yg menjadi penanda ukur hati kita samada berkarat atau murni...

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
-Dipetik dari Hadis pertama dalam Hadis 40-

Nah! Jelas tertera akan kepentingan niat dalam kehidupan kita. Sudah berbuih ditekankan, "Ikhlaskan niat, ikhlaskan niat, ikhlaskan niat...."

Tetapi, sejauh mana kita ambil cakna kata2 ini??


Menari dengan asyiknya sambil bernasyid, berlebih2an dalam melagukan nasyid....

X salah bernasyid syeikh, tetapi niat 2 kna la jaga...


Tanya semula diri kita, apa tujuan kita di atas pentas??

Berdakwah?? Alhamdulillah...

Nak menang?? Hmm, xckup elok 2...

Nak tarik perhatian muslimat?? Masyaallah...


Slepas keputusan diumumkan, kalau dah sampai memaki hamun, tension sbb xdapat tmpat pertama, adalah sesuatu yg xkena pada niat kita 2...

Allah xpandang hasil yang kita peroleh pada akhirnya, usaha kita itulah yang dipandang...

Jadi, kalau selepas ni ada niat nk sertai mana2 pertandingan, fikir2kan dulu... Bukan niat di sini nak mematahkan semangat, cuma sekadar perkongsian pengalaman dan pengetahuan sekadar yang ada. Kepada yg nak bernasyid, teruskanlah. Cuma, 1 sahaja pesanan di sini...IKHLASKANLAH NIAT...

Wallahua'lam



P/S: MU kalah 4-1 di tangan Liverpool, Arsenal menang 4-0 ke atas Blackburn... Sekadar update EPL.... dan Mujahidin dapat tempat ke-4 dalam final MIS (Team Izkar n Fathin 2...)

Filed under having  

Antara 2 Cinta, Dunia vs Akhirat...

Wednesday, March 11, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum,

Sejak 2, 3 hari ni, cepat sangat rasa penat... Entahlah, nk kata byk sgt kerja, ramai lagi rasanya sahabat2 yang JAUH lebih sibuk. Nk katakan sakit, xlah melarat pun...

...Eh, rasanya mungkin juga diri ini sedang sakit... sakit MALAS!!!

Huh, makin difikir2, betul rasanya... Tanda2 penghidap wabak ini:

1) Malas ke masjid (Ini memang general... Dah ada moto best pun masih 'berat' nk pergi. Adat dunia, tempat2 baik terpinggir, tempat2 mksiat byk pula penarik, kan...)
2) Cepat mengantuk dalam kelas tanpa sebab2 munasabah (As a student, mesti pernah rasa kan? Sebaik shj ilmuwan yg di hadapan berkata, "That's all for now!" Seberat manapun mata i2, pasti segar kembali... Astaghfirullah...)
3) Kerja semakin byk (Jgn samakan dengan orang yg memang byk dapat kerja, Kalau dah xdak apa2 involvement pun but still kerja yg ada xsiap2, 'berat' 2...)

Ini antara yg famous di kalangan kita sebagai Siswa dan Siswi. Kalau nk diteruskan senarai ini, pasti tidak cukup sekadar semalaman. Ini hanya sekadar kita di kampus, bagaimana dengan di rumah? tatkala cuti menjelang tiba ini, muhasabahlah diri kita, betapa malasnya kita dalam melalui kehidupan di dunia yg fana ini...

Di sini ingin hendak dikongsikan lirik lagu dari bekas penyanyi Raihan, Nazrey Johari. Bagi yang masih baru berjinak2 dengan irama islamik ini, ini adalah lagu yang amat sesuai... (Rasanya lebih 'enak' mendengar versi lama nyanyian Nazrey, lebih sampai ke benak hati, cubalah.)


Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Wallahua'lam..

Filed under having  

Palestin, ramai yang menyokongmu!!

Sunday, March 08, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum...

Setelah 2 hari lost dari kawasan universiti, sampai juga kembali akhirnya... Letih la sangat2. Maklumlah, berjaga sehari suntuk, mlm ni pum masih tidak dapat nak merasai nikmat tidur... Mungkin dugaan Allah, tabahkan la diri hendaknya.

Sedang sibuk melayari laman web nak menambah2 ilmu, tersua banyak laman web yang mendebatkan isu palestin.. memang isu yang patut kita semua ambil cakna, apatah lagi sebagai seorang yang melafazkan dua kalimah syahadah, mengakui tidak ada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad rasulullah. Palestin adalah tanah suci kita, wajib kita berusaha mempertahankannya.

Namun, apa yg nak dibawa di sini bukan itu... apa yg diri ini terjumpa di sebuah laman web diri ini rasakan patut dikongsi bersama. Inilah luahan seseorang yang mengakui dirinya beragama Nasrani dan dalam masa yg sama menyokong perjuangan Palestine. Hujahnya...


"To those who call Islam (evil and other names) clearly you know nothing about history, I do not want to say Christians cause I am one but I will say the Europeans (the Crusades) through out history Killed more than 6 Million Moslems upon their occupation to the Middle East in their "holy wars" against Islam. Arabs and Muslims liberated their countries but the Europeans came back after WW2 occupied and killed millions of muslims again.France killed more than million and a half of Algerians, a million in Egypt, 500,000 in Syria & Lebanon, More than 700,000 in Tunisia. Britain Killed a million in Iraq, Egypt, Palestine, Jordan and Yemen. Italy killed a 900,000 Libyans, Spain Killed thousands of Moroccans ...

Do you want me to keep going? I can fill up books, there is no room on this site, but I will add this (Muslims did not KILL,SLAVE OR TORTURE MILLIONS OF AFRICANS,NOR THEY KILLED 200 MILLION INDIAN AMERICANS AND thousands OF MEXICANS) I can keep going for ever and ever. Look it up your self before you post some thing like this, Muslim people has been under attack since the down of time and when they respond you call them terrorists.When the Crusades occupied the Muslim countries in the 11th century, they sent a letter to the Pope saying(WE ARE WALKING IN A KNEE HIGH OF MUSLIMS BLOOD) and the Pope sent his blessings back...that is EVIL and terror....

If you want to see real terror, just read the old testament its full of killing of Innocent people the Jews brags about, that is terror, or you know what you do not need to reed any thing, just look how many Bush and Israel KILLED more than million Iraqis and almost a million Palestinians since 1948 , that is TERROR! So before you point fingers, read history MORON!!"

(Perkataan terakhir ditambah penulis sbb xtahan emo!! Xguna ZIONIST.... Bgn pagi2, laknat ZIONIST!!)


Jadi, sedangkan orang2 yang belum mendapat hidayah Allah pun sudah boleh berfikir dengan matang dan tepat tentang isu ini, apatah lagi kita orang yg berikrar mempertahankan saudara sesama Islam.

Dakyah Zionist amat terancang dan teliti. tanpa sifat 'observant' dan teliti, mungkin kita akan tertipu dengannya. Apa gunanya kuat beribadat kalau pengetahuan asas sebegini pun tidak dihadam?? (kena juga batang hidung diri ini... T_T).

"Palestin bukan negara aku pon, biar laa... Stadi lagi baik,"

"Apa yang korang wat demo 2, macam xguna ja... Bukan perang nk stop pun.."

"Palestin??? Kat mana 2??" (Nauzubillah...)

Jika kita melihat ada orang2 islam tidak mengambil peduli isu Palestin ini, jangan kita biarkan. Didik mereka, ingatkan mereka

Palestin adalah tanah kita, orang Islam. Penjajahan keatasnya bererti penjajahan keatas umat Islam...

Wahai muslimin, bangunlah!! Merdekakan diri dari penjajahan ini!! Tentanglah La'natullah2 yg menyembelih saudara2 kita!

Jika tidak mampu mengangkat senjata, berdoalah agar kemenangan Islam tiba. Ya, ia akan tiba.. Tetapi bila?? Ya Allah, percepatkanlah...

Filed under having  

Berhenti Sejenak

Friday, March 06, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dah selesai Miting Log dengan komiti2 yang rata2 juga tidak tahu skop kerja Log...Terlupa nak mulakan dgn tazkirah ringkas, insyaallah dalam miting mendatang...

Terlupa, bukan xnak @ takut!

Kita sbg orang islam selalu takut nk menyampaikan mesej da'wah, takut sangat...

"Eleh, baru ada ilmu skit da poyo nk nasihat2 aku... Blah la woi!!"

"Ni awat dok berdalil2 ni?? Ingt aku ni jahat sangat ka??"

"Biar la, da ramai ulama'2 kat luar 2, xyah la nk wat suma ni... kita dtg cni blaja engineering, bukan nk jadi ustaz..."

Ini adalah antara sedikit yang diri ini pernah dengar (ada juga yang sendiri terkena...), Jadi, kalo dah kena mcm 2 skali, xpayah la smpaikan da'wah kan??

SALAH!!!

Jangan sempitkan pemikiran kita terhadap da'wah! X semestinya bila jumpa seseorang kita perlu '...dan Sabda Nabi Muhammad s.a.w....' @ '...Al-Quran ada menyatakan...'. Ada mad'u yang xdapat terima lagi semua itu.

Cukuplah sekadar da'wah bilhal di peringkat awal. Amat mudah, tonjolkan nilai2 murni Islam dari diri sendiri. Xperlu Isti'jal, dan ikut waqi' yg sepatutnya dalam berda'wah...

Kalau yg dah memiliki fitrah Islam, sampaikanlah yang lebih berat.

Bak kata Pidut: Oghang suka produk yang baguih, Islam ni produk yang baguih, sebab pa oghang pakat xmau produk yg baguih ni??

Mungkin kitalah puncanya! (Na'uzubillah..) Berubahlah! Pelbagaikan method anda.. Selagi ianya selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaallah, pertolonganNya ada diC2.

Wallahua'lam..

(Posting ini ditujukan bukan kepada sesiapa, tetapi untuk diri sendiri jua...)

(Pidut, aku br wat blog... komen dan kritikan ang aku alu2kan... tp kat gtalk yee....)

Filed under having  

Sejarah 25 Nabi dan Rasul

by MiNdSlAvEr

Ini aku quote dari 1 blog (Maaf, dah lupa, xdpt nk bg kredit). Serba sedikit sejarah rasul2...

Sejarah 25 Nabi

1. Nabi Adam

Diperkirakan hidup pada 5872-4942 SM di sekitar wilayah yang kini dikenal sebagai India. Konon disitulah beliau pertama kali turun ke muka bumi. Lalu beliau berjalan ke wilayah yang kini disebut dengan jazirah Arabia dan bertemu dengan istrinya, Hawwa. Mereka lantas menetap di sekitar Ka'bah yang memang telah dibangun sebelumnya oleh para malaikat.

Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahwa beliau punya 40 anak dan wafat di jazirah Arabia

2. Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam

Diperkirakan hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Beliau dari Anak keturunan Qabil yang tinggal di Babil di Iraq.

Nama beliau disebutkan sebanyak 2 kali dalam Quran.

3. Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlihbin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam

Diperkirakan hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM. Diperkirakan beliau tinggal di wilayah yang kini disebut sebagai Iraq.

Nama beliau disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan memiliki 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahwa beliau wafat di Mekkah

4. Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh

Diperkirakan hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang beliau dakwahi disebut dengan Kaum 'Ad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman.

Nama beliau disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan beliau wafat di Timur Hadhramaut, Yaman

5. Nabi Shalih bin Ubaid bin 'Ashif dari keturunan Sam bin Nuh

Diperkirakan beliau hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir.

Nama beliau disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Mekkah.

6. Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh

Beliau diperkirakan hidup tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Beliau tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq.

Nama beliau disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestina

7. Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh

Diperkirakan hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestina.

Nama beliau disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al-Quran, punya 2 anak perempuan. Beliau meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestina.

8. Nabi Ismail bin Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh

Diperkirakan hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggkap menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Beliau tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Mekkah.

Nama beliau disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan punya 12 anak. Meninggal tahun 1779 SM di Mekkah

9. Nabi Ishaq Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh

Diperkirakan hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kan'anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina.

Nama beliau disebutkan sebanyak disebutkan sebanyak 17 kali. Punya 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron Palestina

10. Nabi Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim

Diperkirakan hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam.

Nama beliau disebutkan sebanyak disebutkan sebanyak 16 kali dan punya 12 anak. Beliau wafat di Alkhalil Hebron Palestina.

11. Nabi Yusuf bin Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim

Diperkirakan hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Heksos di Mesir

Nama beliau disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Punya 2 anak laki dan 1 anak perempuan. Beliau wafat di Nablus Palestina.

12. Syu'aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim

Diperkirakan hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aikah Madyan. Nama beliau disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Beliau wafat di Madyan.

13. Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim

Diperkirakan hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestina. Disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Punya 26 anak. Beliau wafat di Huran di Syam.

14. Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim

Diperkirakan hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & sekitarnya.

Disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Punya 2 anak. Beliau wafat di Damaskus Syiria.

15. Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya'qub bin Ishak

Diperkirakan hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Para Firaun Mesir dan Bani Israil di Mesir.

Disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Punya 2 anak. Beliau wafat di Tanah Tih.

16. Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya'qub bin Ishak

Diperkirakan hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada para Firaun Mesir dan Bani Israil Mesir.

Disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih

17. Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya'qub

Diperkirakan hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestina.

Disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Punya 1 anak dan wafat di Baitul Maqdis, Palestina.

18. Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya'qub

Diperkirakan hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestina.

Disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Beliau wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestina.

19. Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran

Diperkirakan hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba'labak di Syam.

Disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Beliau tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.

20. Nabi Ilyasa' bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya'qub

Diperkirakan hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam.

Disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Beliau wafat di Palestina

21. Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya'qub

Diperkirakan hidup pada tahun 820-750 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Beliau wafat di Ninawa di Iraq

22. Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman

Diperkirakan hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin.

Disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Punya 1 orang anak dan beliau wafat di Syam.

23. Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman

Diperkirakan hidup pada tahun 1SM - 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin.

Disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damaskus Syiria

24. Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud

Diperkirakan hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin.

Disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Beliau juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.

25.Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim

Diperkirakan hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Mekkah dan Madinah. Disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Punya 7 orang anak dan wafat di Madinah.

Demikian sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga bisa menjadi rujukan yang bermanfaat.

Filed under having  

Assalamualaikum...

by MiNdSlAvEr

Blog3x~~~

Apa yang menarik sgt dgn blogging ni sebenarnya?? Aku pun masih tercari2...

Ada yg menjawab; 'Blog ni tempat meluahkan rasa hati yang terbuku'

Ada yg menjawab; 'Blog ni tempat nk menyebarka risalah dakwah kepada orang ramai'

Ada juga yg menjawab; 'Blog ni tempat org2 xguna nk menyebarkan fitnah kepada orang ramai' (Hmm...macam kukenal...)

Namun, aku teruskan juga dan hari ni, tanggal 9 Rabi'ulawal 1430 Hijrah bersamaan 6 Mac 2009 masihi, lahirlah blog yg masih setahun jagung ini....

...tempat menyebarkan buah fikiran...

...tempat berdakwah di mana yg sempat...

...dan tempat isi hati yang kotor lagi hina ini diluahkan...

Mungkin xdapat nak 'posting' berjela2 dek kekangan ilmu di dada, mungkin xdapat nk satukan hati2 semua dalam menaip pendapat2 di hati dalam kekangan masa yg amat sangat ini...

...namun, usaha murni mesti diteruskan demi melihat yang haqq ditegakkan, yang batil dihapuskan...insyaallah...

Tidak ku namakan blog ini sebegini dengan niat bermain2... Seperti yg kita sedia maklum, bermain2 x membawa kita ke mana, tetapi lebih kepada idea yg datang secara tiba2.

Blog inilah tempat untuk diri ini 'bermain2' dengan pelbagai benda...

Blog ini insyaallah bukanlah tempat yg akan 'rigid' dengan idea2 basi dan lapuk.... tetapi lebih kontemporari dengan pelbagai perkara...

...isu2 semasa dalam pelbagai bidang...

...komen2 yg bernas...

...dan idea2 yg menarik...

...insyaallah...

Filed under having